Tuesday

Adik aku ada banyak koleksi video Thierry Henry

Ada orang sedar dan berusaha untuk tebus dosa yang lalu.
Walaupun dosa itu bukan disengajakan.
Tapi manusia biasanya akan cepat menghukum orang lain atas dasar kesilapan yang pernah dilakukan pada masa lepas.


Ini aku pernah tulis di SINI

Jadi, apabila brader bawah ni dah buat satu kesilapan yang sangat besar,




maka maafkan la dia.





Credit to Telegraph

Saturday

Bumi ini sfera

Contohnya kau sedang bukak blog ini sekarang. Dalam masa yang sama ada orang di luar sana sedang membunuh. Dalam masa yang sama ada orang bertarung nyawa melahirkan anak. Dalam masa yang sama ada orang sedang menanam sejenis tumbuhan.

Sebenarnya dunia hari ini sedang bergerak. Bumi sedang berputar. Manusia sedang survive untuk hidup.

Ketika ini, semua orang sedang bermain dengan emosi masing-masing. Saat ini manusia sebenarnya sedang berusaha untuk hidup selesa. Detik ini setiap daripada kita sebenarnya sedang tidak tahu hidup ini untuk apa.

Alam ini


Manusia bumi


Emosi


Dunia sementara.
Akhirat kekal abadi.


*Credit to Reuters.com, Malaysiakini.com, Google.afp

Friday

My Best Friend's Wedding

Bila mungkin ada luka Coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa Coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti


Song Takdir by Opick feat Melly

"Aku ada benda nak bagitau ko"
"Apa dia?"
"Kalau aku bagitau ni mesti ko akan terkejut punya"
"Pasal apa?"
"Erm.. takde sape tau benda ni lagi. Semua orang mesti terkejut kalau aku cakap"
"Ko nak kawin ke?"
"A'a"

"Bila?"
"Minggu depan"
"Oo.. Ye ke? Dengan orang mana weh?"
"Orang Pahang"

"Oo.."
"Aku sebenarnya belum bersedia nak kawin, tapi keadaan memaksa"
"Kenapa?"
"Aku belum puas hidup bujang la"
"Tak boleh la macam tu. Ko memang kena ubah kehidupan ko. Lepas ni dah tak boleh balik lewat malam. Kena selalu dengan isteri"
"Tu la pasal. Tapi aku tak puas enjoy la"
"Kalau ko tak ubah hidup ko sekarang, satu hari nanti ko kena ubah jugak. Takde bezanya"

"Nanti aku dah tak dapat nak call ko lagi malam-malam kan?"
"Memang la. Lepas ni apa-apa hal ko kena share dengan isteri ko. Tak boleh telefon aku dah."
"Aku banyak rahsia dengan dia la"
"Lepas ni ko kena la kongsi semua hal dengan dia. Susah senang, ko sedih, ko gembira, ko ada masalah semua ko kena bagitau isteri ko. Ko dah tak boleh share dengan aku dah. Nanti isteri ko jeles"

"Umur dia tua setahun dari kita"
"Ooo.."
"Aku tak bercinta pun dengan budak tu. Cuma kawan-kawan je"
"Ok la tu. Nanti ko kenduri kat kampung aku datang bawak hadiah. Hehe"
"Ko tak rase lambat sangat ke aku bagitau ko ni?"
"Erm.. tak kot"
"Sebenarnya aku kawin pertengahan bulan depan"
"Oo.. Ok je tu"

"Aku belum sedia nak kawin la, sebab ada masalah tu yang tak boleh nak elak"
"Ko jangan jadi macam sorang staf kat sini. Dia macam situasi ko la. Belum bersedia nak kawin. Niat hati nak main-main je ngan budak tu, bila bergurau pasal kawin budak tu jadi serius dan terus kawin. Sehari sebelum kawin dia duk termenung lagi sampai mak dia kata 'tu la lain kali jangan main-main dengan anak orang'. Bila dah kawin ada masalah sampai sekarang"
"Dia bercerai ke?"
"Tak bercerai, tapi ada masalah la. Masing-masing buat hal sendiri"

"Tu la. Tapi aku rasa aku belum bersedia la"
"Ko ingat kawin ni macam beli gula ke? Kena la fikir betul-betul"
"Aku harap keputusan yang aku buat ni tepat"
"Ko dah buat istikharah?"
"Dah. Banyak kali. Tapi tak nampak apa-apa pun"
"Takpe. Ikut kata hati pun boleh. InsyaAllah tepat la tu"


Kenzou sudah mahu kahwin bulan depan.
Hanafee kata "Bestfriend's do anything for friend"
Encik Kopok kata "Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran awak masa ni"
Ruzanna kata "kisah kawan baik antara Maryam dengan dia macam drama Melayu!"


Aku bangun pagi tengok ada 2 missed call.


Dalam Yahoo! Messenger lepas dia BUZZ aku

'Ko miscall ke call malam tadi?'
'Call. Aku balik drive dari kampung. Mengantuk'


Kau pernah ada kawan baik yang berlainan jantina sejak umur kau 13?
Kemudian kawan kau tu nak kawin. Dan kau takde apa-apa perasaan cemburu langsung.
Pernah?
Ya. Aku pernah.

Macam dialog drama Jepun Proposal Daisakusen

"Arigatou Kenzou kun"


Aku mahu tengok Senario Episod 2: Beach Boys hujung minggu ini.
Ada yang mahu teman?